PENGHAYATAN


Hari ini sudah masuk hari ke 29 kita berpuasa…Alhamdulillah dengan berkatnya masih lagi kita bernyawa untuk meneruskan kehidupan kita didunia ini untuk terus beribadah kepadanya….Kepada semua pembaca blog mencari rezeki merupakan sesuatu tuntutan dalam agama kita dan semestinya kita diwajibkan mencari yang halal…..Perniagaan internet merupakan satu cabang rezeki yang halal jika kita membuat produk yang menjadi manfaat kepada umat manusia dan ini termasuklah bidang pengembangan ilmu atau pendidikan…mengikut pembacaan saya dalam buku karya Chef Li,dalam buku Jalan Petunjuk Kekayaan “Pak Kiai telah memberikan gambaran bahawa 4 perniagaan yang tidak pernah surut dalam dunia ialah Makanan,Pakaian,Kesihatan dan Pendidikan……..dan jika kita lihat melalui pernigaan internet ini kita mampu menceburi kesemuanya namun nasihat saya pilih lah satu dahulu yang paling anda minat dan mahir sebelum berjaya tumpukan dahulu dengan mempelajari selok belok perniagaan dengan seminar,berforum,membeli ebook..tidak rugi anda mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli buku panduan,yuran seminar,cd,kaset kerana ianya akan memberi manfaat kepada anda. Mungkin ada diantara anda kadang-kadang membeli produk-produk kurang kualiti dimana kandungannya amat mengecewakan tetapi sebenarnya ada hikmah disebalik pembelian tersebut kerana ianya mampu memberi pengajaran kepada anda supaya tidak menghasilkan produk sedemikian..Produk-produk kurang kualiti biasanya akan memberi panduan bagaimana untuk menjual kembali produk yang dijual oleh pemilik produk itu…namun ada terdapat kebaikan iaitu anda memperolehi tips-tips promosi yang saya sendiri belajar dari produk-produk kurang kualiti ini…tidak ada salahnya anda membeli seberapa banyak produk seperti ebook,cd,kaset asalkan anda mempraktiskannya……Jangan sesekali bertangguh…mulakan segera setelah anda mendalami teknik yang diajar dalam ebook mahunpun cd atau seminar…ini membolehkan anda melihat kesannya sendiri……

1 comment:

MA ZN Enterprise said...

slmt hr ry aidilfitri, maaf zahir & batin