HARTA WARISAN MOYANG


Al-Quran tulisan tangan ni aku jumpa masa aku tengah selongkar almari atas rumah.. Masih lagi dalam keadaan baik walaupun terdapat sedikit lubang dimakan bubuk.. Usia Al-Quran mungkin melebih 50 tahun.

SENAMAN PAGI


Senaman pagi bagus untuk kesihatan kita ya.. Bersenamlah

WPC TT GATHERING


Jom pekena char koew teow sg2.. Sempoi. CKT sg2 masuk harian metro lagi.. Dah lama tak join tt wpc

JUTAWAN KANTIN

"best citer ushawan muda ni.dulu dia keja di bank . tapi dia rasa bosan dan tak puas hati dengan apa yg dia miliki. so dia berkenalan dgn sorang customer tetap bank.yg hari2 bank in duit RM200, kadang2 300.. so satu hari dia amik cuti dan pegi tgk niaga makcik tu. makciki tu ada gerai. oleh kerana minat sgt dalam bidang usahawan. dia pun bantu makcik tu sehari suntuk.. semakin hari semakin kerap dia bantu..apa yg bestnya, dia letak jawatan di bank. dan terus beniaga jual me goreng sebelah gerai makcik tu. family nya tak tau pun ..tapi ketahuan jugak akhirnya. menangis mak nya tau dia beniaga mee goreng di pasar malam.. "napa mak nangis, mak takut mee goreng zana tak laku?" ..mak dia kata.. bukan mee goreng tak laku, takut ko yang tak laku "...puas dipujuk ,zana berdegil pastu, di panggilkan bomoh utk ubat zana dengan penyakit "bisnesnya".. klimaks citer, maknya panggil seme anak2nya.. berjam2 belawan cakap.. zana memang teguh pendirian utk berniaga .. setelah penat belawan cakap..zana masuk kebilik , amik buku akaun banknya. dia buka depan mata abng dan akaknya .. rm12k dalam masa 3 bulan.. kalau dia keja amik masa setahun. tediam seme saudara zana..so sekrang, seme kuarga zana berniaga mee goreng... nak nangis jugak saya baca citer ni..nangis kerana kagum ngan zana" (petikan dari forem bicarajutawan)

salam semua... saya agak mushykil dengan cerita awal.... dengan menjual mee goreng dalam masa 3 bulan buleh dapat 12k... macam tu sebulan 4k... saya sebagai peniaga makanan kantin hospital rata2 pengunjung, pesakit, staf.. setakat jual mee goreng.. mungkinkah dia dapat menjual 133 bungkus mee katakan lah rm1 sebungkus? bagaimana dengan kos pembelian barang? tapi cerita ni serba sedikit memang memberi semangat untuk kita menjadi usahawan bukan? dengar cerita dari saya pulak.... moga2 dapat memberi suntikkan semangat lagi
saya berkelulusan universiti tempatan... dah bekerja selama 6 tahun dalam bidang senibina... tapi untuk kepuasan... saya belum terasa sehinggalah sekarang, dimana setahun yang lepas saya telah membuat keputusan yg drastik untuk berhenti keja tetap dan menceburi bidang perniagaan kantin(makanan).. macam dalam cerita-cerita lain... memang mendapat tentangan dari keluarga... tapi saya bulatkan tekad... nahhhhh sekarang saya boleh tersenyum puas walaupun rintangan melanda macam stunami selalu... baik saya cerita sedikit apa tu rintangan macam stunami tu...
Disebabkan saya belum mahir dalam bidang ni.. saya hanya menjadi tukang angkat pinggan saja di kantin mertua saya... mula-mula saya agak malu juga.. pelbagai fikiran negatif saya fikirkan masa tu...demi kepuasan hidup yg saya pilih... saya teruskan juga. Dari kutip pinggan, cuci pinggan, cuci lantai segala mak nenek cucilah saya buat... akhirnya saya diberi peluang untuk jadi cashier sambil bantu mertua...makin lama makin cekap saya menjual... beribu jugaklah saya dapat jualan dalam sehari.... mungkin pendekatan saya dengan cara ramah dengan pelanggan, bertanya khabar dengan pesakit, mesra dengan misi2(nurse).. hehehehe... membuahkan hasil.. lama kelamaan saya diberi kepercayaan untuk menguruskan segala urusan rasmi... tak rasmi dalam bidang kantin.... perrgghhh... tergugat jugak aku mulanya... mau taknya... segala urusan pembelian stok barang kering aku yang uruskan, jadi cashier.. aku jugak.. akaun keluar masuk... aku jugak... bak kata order yg dibuat dari pihak hospital jugak aku terpaksa lakukan... nak rebah jugak... 3 bulan pertama aku flat... keletihan yg melampau.... kawan-kawan pun aku terpaksa aku lupakan sementara... kelab kereta yg aku sayang pun aku abaikan sementara... ada rakan yang faham... ada jugak yang susah nak faham... ada yang mencemuh kononnya saya dah sombong.... orang senang.... sebaliknya siapalah yang tahu...
menjadi peniaga ni... kita kena banyak bersabar dengan kerenah pelanggan.... macam-macam kerenah.... ada yg sampai nak ajak gaduh pun ada... yang terlebih ramah... yg kurang upaya... metal problem pun ada... aduh.. kesian...
stunami melanda bila jualan kurang dari pembelian... ini yg paling memeningkan... sesak nafas bila terjadi macam tu.. selalunya pelanggan hanya memikirkan peniaga untung sahaja... tapi pernahkah pikir adakalanya boleh gulung tikar... selamanya saya berniaga sekarang dengan keadaan ekonomi tak menentu...sedikit sebanyak mempengaruhi perniagaan... kebanyakkan barangan kering melonjak naik harga... peniaga selalunya dipersalahkan... kenapa?
Dari segi pekerja... ini lagi hal aku terpaksa lalui... jika seorang dua... boleh la kita kawal... ini sampai 20 orang... masak aku dibuatnya... macam kerenah jugak...datang kerja lewat le... tak datang kerja le... nak pinjam duit le... mengular...tapi ada juga yang bagus... aku banyak memberi pendekatan mesra dengan pelanggan dan mesra dengan pekerja... itu yang membuatkan diaorang kerja dengan baik....penat pulak aku coleteh ari ni... sambung lain kali corat-coret kehidupan jutawan kantin... hehehe
Sape kata senang nak jadi usahawan ni... tapi bukan susah jugak nak jadi usahawan... yang perlu cuma USAHA.

"DAH TERJUN KEDALAM SUNGAI, KENALAH BERENANG"

MENU ISTIMEWA HOSPITAL SEB. JAYA


Ikan keli bakar hsj dengan ayam bakar hsj paling best dan laris di seberang jaya

HSJ KAFETERIA



RUMAH DI TENGAH BENDANG


Aku dapat setem ni dari sahabat uitm aku... paklan rizan... akitek nih.. sebenarnya hasil nukilan dia anak beranak... inspirasi untuk aku untuk terus berjaya bagi tahun 2009 dan tahun mendatang... yeaaahhh rock
nak tengok hasil artwork dia kat papan9.blogspot.com


klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti