Hutang Sebagai Leverage

Hutang sebenarnya bukanlah sesuatu yang haram. Ia adalah satu perkara yang dibenarkan. Cumanya kalau sudah berhutang, kita wajib untuk membayarnya semula.
Hutang juga sebenarnya adalah satu leverage. Ia bersifat double edge sword. Kalau tak pandai guna, maka kita boleh mati … tertikam dekat dada sendiri.
Mereka yang tidak tahu, yang hutang ini sebenarnya adalah leverage yang boleh menikam diri mereka sendiri adalah mereka yang seperti ini …
Mereka berhutang cuma RM 5000 sahaja dengan kad kredit. Bercuti, beli baju, beli makanan, bayar petrol dan segalanya diswipe sahaja. Kad kredit tersebut mempunyai caj tahunan setinggi 18%. Dan mereka tidak mahu membayar hutang kad kredit tersebut secepat mungkin. Bayar caj minima dan tangguh menangguh.
Maka, hutang yang asalnya cuma RM 5000 itu, berganda dan terus berganda dan hingga tidak mampu dibayar lagi. Dan akhirnya mereka, bak seperti lagu Salih Yacob, gali gali gali gali gali gali lubang, lubang digali menggali lubang, untuk menutup lubang …
Manakala, mereka yang pandai guna leverage dan tahu mengawal hutang dengan baik, adalah mereka yang seperti ini …
Mereka beli apartment berharga RM 100,000. Mereka meminjam dengan bank RM 90,000, dengan kadar faedah setinggi 8%, dan RM 10,000 lagi telah dibayar sebagai downpayment. Apartment tersebut disewakan dan setiap bulan dapat untung bersih RM 150.
Setiap tahun mereka mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM 1800 dan hutang apartment tersebut juga semakin berkurangan. Walaupun jumlah hutang yang dibuat adalah jauh lebih tinggi, iaitu RM 90,000, tetapi disebabkan mereka ini ada pengetahuan yang lebih sedikit mengenai pengurusan hutang, maka mereka tidak pening kepala untuk menggali lubang dan menutup lubang.Anda bagaimana?

No comments: