SAYANGKU MERAJUK


Nak jadi cerita, awal pagi selepas semua dah ready nak keluar pergi kerja, macam kebiasaan aku nak panaskan, manjakan sidia ni.. Picit, tekan, masuk..rendam sekejap.. Ya macam biasa dia merenggek.. Tapi lain macam pulak.. Pelik. Aku cuba dengan lebih lembut, pun sama.. Ahh dia dah merajuk rupanya selepas semalam aku nyatakan untuk nak 2nd wife.. Aduss.. Apa mau bikin ya.. Ku pujuk, ku rayu.. Enggak bisa.. Sayang.. Janganlah kau merajuk lagi.. Sekian genap 7 tahun kita bersama.. Baiklah aku gantikan fuel pump yg kedua untuk mu sayang.. Itulah kesayanganku PROTON WAJA

No comments: