FULL-TIME @ PART-TIME... APA ALASAN ANDA?

Selepas terbitnya artikel mengenai masalah persaraan di kalangan rakyat Malaysia di dalam akhbar The Star baru-baru ini, diharapkan makin ramai di antara kita menjadi semakin peka untuk membuat perancangan dan bertindak untuk mengatasi masalah yang bakal menimpa ini.Masalah kekurangan dana untuk persaraan bukannya masalah kepada golongan yang hampir kepada persaraan sahaja,namun ianya juga berkaitan dengan anda yang mungkin berumur dua puluhan atau tiga puluhan.Ini disebabkan masalahnya akan timbul sekiranya kesedaran tidak dipupuk pada awal-awal lagi.Pada pendapat peribadi, saya tidak bersetuju dengan pendapat pakar mengatakan yang kita perlu melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun supaya golongan yang akan bersara ini akan mempunyai lebihan tahun untuk bekerja sebelum bersara.Jadi, jika 60 tahun tidak cukup nanti, perlukah kita lanjutkan sehingga ke umur seterusnya? Maaflah jika apa yang saya nyatakan ini menyinggung sesiapa. Niat saya adalah ikhlas untuk membantu.Apa yang perlu kita terapkan adalah satu konsep"multiple streams of income" atau mata pencarian yangmelebihi daripada satu pendapatan.Cuba perniagaan secara part-time disamping bekerja secara full-time sehinggalah perniagaan anda maju dan dapat memberikan pulangan yang lumayan, sehinggalah anda mampu berhenti bekerja dengan orang lain.Dan kita juga tahu yang 90% rezeki itu datangnya daripada perniagaan.Ayuh! Mari kita mulakannya! Usah tunggu lagi.Ya, saya juga mendengar rintihan yang perniagaan adalah sukar dan memerlukan usaha yang kuat.Baiklah, anda cuma ada dua pilihan.
1. Teruskan dengan hidup anda sekarang tanpa usaha untuk merubah kehidupan kepada yang lebih sempurna.
2. Bertindak dengan melakukan sedikit perubahan untuk masa depan anda dan keluarga anda supaya ianya lebih terjamin.Jika peluang perniagaan dikatakan kurang, lihatlah di sekeliling anda. Perhatikan peluang yang ada dengan teliti. Mintalah bantuan daripada mereka yang telah berjaya.Memang benar! Hidup bukannya sentiasa mudah. Kejayaan tidak akan datang bergolek tetapi kekesalan pada masa akan datang disebabkan anda tidak mengambil tindakan untuk memajukan diri anda sendiri adalah lebih perit daripada kesusahan yang anda lalui semasa memperbaiki diri anda sekarang.Ada alasan lagi?

KITA HIDUP DIDUNIA "COPYCATS"

Salah satu buku yang aku ingat pernah aku baca dulu masa kecil... buku lawak spastik, yang buat aku terpikir selalu macam nak pecah kepala. Salah satu ayatnya 'kalau nak buat duit kenalah pakai duit, tiru duit tu sebiji-sebiji'.... haaaa lu fikir la sendiri.
Tapi sentimennya serius mendalam beb... kenapa kita tidak jumpa cara meniru untuk mencipta kekayaan? cuba fikir... kita meniru dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, betul tak?... sejak dari kecil... kita tiru cara ibu bapa kita bercakap, berjalan, belari, melompat... kalau tak tiru macam mana nak tau semua tu kan? tapi satu saja kita tidak belajar tiru.. iaitu mencipta kekayaan. Jom kita fikir sejenak berbicara kuasa meniru ni, lepas tu kita tengok sebab mengapa manusia tidak jumpa cara untuk meniru 'wealth creation'.

Hutang Sebagai Leverage

Hutang sebenarnya bukanlah sesuatu yang haram. Ia adalah satu perkara yang dibenarkan. Cumanya kalau sudah berhutang, kita wajib untuk membayarnya semula.
Hutang juga sebenarnya adalah satu leverage. Ia bersifat double edge sword. Kalau tak pandai guna, maka kita boleh mati … tertikam dekat dada sendiri.
Mereka yang tidak tahu, yang hutang ini sebenarnya adalah leverage yang boleh menikam diri mereka sendiri adalah mereka yang seperti ini …
Mereka berhutang cuma RM 5000 sahaja dengan kad kredit. Bercuti, beli baju, beli makanan, bayar petrol dan segalanya diswipe sahaja. Kad kredit tersebut mempunyai caj tahunan setinggi 18%. Dan mereka tidak mahu membayar hutang kad kredit tersebut secepat mungkin. Bayar caj minima dan tangguh menangguh.
Maka, hutang yang asalnya cuma RM 5000 itu, berganda dan terus berganda dan hingga tidak mampu dibayar lagi. Dan akhirnya mereka, bak seperti lagu Salih Yacob, gali gali gali gali gali gali lubang, lubang digali menggali lubang, untuk menutup lubang …
Manakala, mereka yang pandai guna leverage dan tahu mengawal hutang dengan baik, adalah mereka yang seperti ini …
Mereka beli apartment berharga RM 100,000. Mereka meminjam dengan bank RM 90,000, dengan kadar faedah setinggi 8%, dan RM 10,000 lagi telah dibayar sebagai downpayment. Apartment tersebut disewakan dan setiap bulan dapat untung bersih RM 150.
Setiap tahun mereka mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM 1800 dan hutang apartment tersebut juga semakin berkurangan. Walaupun jumlah hutang yang dibuat adalah jauh lebih tinggi, iaitu RM 90,000, tetapi disebabkan mereka ini ada pengetahuan yang lebih sedikit mengenai pengurusan hutang, maka mereka tidak pening kepala untuk menggali lubang dan menutup lubang.Anda bagaimana?

RENUNGAN

Kalau ikut prinsip ekonomi Nabi Yusuf, sewaktu Bull Market, jangan gunakan kesemua duit tersebut melainkan apa yang perlu sahaja dan simpan selebihnya untuk persediaan menghadapi Bear Market. Bila Bear Market sudah dipenghujung, maka simpanan yang masih ada itu dijadikan modal untuk mengembangkan lagi perniagaan.Ulang sahaja perbuatan tersebut sehingga jadi jutawan.

PART TIME

CROSS SECTION
PERSPECTIVE VIEW




INTERIOR



3D
Interested, kindly contact me at:-

WIRELESS HOME ALARM SYSTEM

Jika berminat sila hubungi saya melalui email dan no phone seperti dibawah:-
say4mre@gmail.com
012-5700966 (saiful)
sila tinggalkan pesanan anda

CT 07(CHERATING 2007)

CT 07 (cherating 2007)
Seawal 6 pagi 24hb oktober aku bersiap-siap untuk bertolak ke cherating.. cisssss terlepas aku nak konvoi bersama WPC (waja performance club malaysia).. aku gerak sendirian dengan syameell(anak aku ler) kesian syameell... tunggu mama dia dekat jeti pangkor... mana la mama ni.. dah lambat dah ni nak pegi cherating...

singgah kl(gombak) untuk lunch dengan si debab.. hehehehe fourple nih

yehhaaaa dah sampai cherating... perrgghhh pengalaman memandu sendirian dengan family dari penang ke cherating 15 jam.. bergegar lutut sehhh... dah letih... kena panggil meeting plak dah... adehhh.. gagah jugak ler

join family art aka fuad niagaman and mr. nyehnyehnyeh aka adam family at impiana resort, cherating...

berlatar belakang kereta-kereta cantik waja wpc...

malam dinner.... adehhhh mengantuk la plak.. bila nak abih ni... makan pun belum..
bestnya tengok bebudak ni happy

hehehehe dating yer.. lupa pulak aku anak dara sape la tu ... nice view.








berangkat pulang.... bila la nak konvoi lagi ya... memori 07

CONGRATE untuk marshall... tanpa dorang apalah makna konvoi... 2 thumbs up to them all....

PENGHAYATAN


Hari ini sudah masuk hari ke 29 kita berpuasa…Alhamdulillah dengan berkatnya masih lagi kita bernyawa untuk meneruskan kehidupan kita didunia ini untuk terus beribadah kepadanya….Kepada semua pembaca blog mencari rezeki merupakan sesuatu tuntutan dalam agama kita dan semestinya kita diwajibkan mencari yang halal…..Perniagaan internet merupakan satu cabang rezeki yang halal jika kita membuat produk yang menjadi manfaat kepada umat manusia dan ini termasuklah bidang pengembangan ilmu atau pendidikan…mengikut pembacaan saya dalam buku karya Chef Li,dalam buku Jalan Petunjuk Kekayaan “Pak Kiai telah memberikan gambaran bahawa 4 perniagaan yang tidak pernah surut dalam dunia ialah Makanan,Pakaian,Kesihatan dan Pendidikan……..dan jika kita lihat melalui pernigaan internet ini kita mampu menceburi kesemuanya namun nasihat saya pilih lah satu dahulu yang paling anda minat dan mahir sebelum berjaya tumpukan dahulu dengan mempelajari selok belok perniagaan dengan seminar,berforum,membeli ebook..tidak rugi anda mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli buku panduan,yuran seminar,cd,kaset kerana ianya akan memberi manfaat kepada anda. Mungkin ada diantara anda kadang-kadang membeli produk-produk kurang kualiti dimana kandungannya amat mengecewakan tetapi sebenarnya ada hikmah disebalik pembelian tersebut kerana ianya mampu memberi pengajaran kepada anda supaya tidak menghasilkan produk sedemikian..Produk-produk kurang kualiti biasanya akan memberi panduan bagaimana untuk menjual kembali produk yang dijual oleh pemilik produk itu…namun ada terdapat kebaikan iaitu anda memperolehi tips-tips promosi yang saya sendiri belajar dari produk-produk kurang kualiti ini…tidak ada salahnya anda membeli seberapa banyak produk seperti ebook,cd,kaset asalkan anda mempraktiskannya……Jangan sesekali bertangguh…mulakan segera setelah anda mendalami teknik yang diajar dalam ebook mahunpun cd atau seminar…ini membolehkan anda melihat kesannya sendiri……

ekspoitasi carian rapidshare di google

Pada post kali ini saya akan berkongsi sedikit tips untuk membuat file carian rapidshare dengan menggunakan enjin carian Google. Mungkin ramai yang sudah tahu tapi ramai lagi di kalangan newbie yang masih tercari-cari. Saya rasa ada baiknya saya kongsikan di sini untuk manfaat bersama.
Ok, katakan anda ingin mencari sesuatu software, movie, mahupun ebooks; maka langkah yang perlu anda lakukan adalah:
1) Buka Google.com
2) Kemudian type perkataan di bawah ini disusuli keyword anda
“rapidshare.com/files” keyword anda
sebagai contohnya, katakan saya ingin mencari lagu Sepohon Kayu mp3 , maka saya hanya perlu type,
“rapidshare.com/files” sepohon kayu.mp3
Maka akan berderulah keluar link download pautan di result carian. Hehehe.. senang bukan? Jadi bayangkan potensinya, kita boleh cari apa yang kita nak di internet ni.
Tapi jangan salah gunakan pula.
p/s: Post ini berbentuk “education purpose only”.

LU FIKIR LA SENDIRI....

Orang yang memutuskan sesuatu dengan tergesa-gesa.Tidak dikatakan sebagai seorang yang adil. Orang yang bijaksana hendaklah memeriksa dengan teliti mana yang benar dan mana yang salah.Hidup ini adalah kunci kombinasi tujuan. Anda dikehendaki mengemukakan angka-angka yang tepat di dalam urusan seharian supaya lebih teratur. Anda dapat membuka pintu kecemerlangan yang anda inginkan. Tidak ada formula melainkan dengan usaha.Jika anda melakukan sesuatu yang betul dengan cara yang betul. Anda akan memperolehi segala keperluan yang anda inginkan.
-- Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai....... Kanak-kanak lebih memahaminya

http://www.videousahawan.com/?aff=803184
klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

TIPS

Tips nak elak kita dirompak atau ditipu
Pendedahan dan tips pada anda agar wang anda tidak dirompak oleh sesiapapun baik di Internet atau bisnes konvensional
1. Bila anda nak join sesuatu bisnes pastikan orang yang memperkenalkan mendedahkan identiti diri. Orang tersebut memberi No handphone menceritakan bisnes tersebut tersebut straight to the point tidak berbelit. Orang tersebut juga menunjukkan lesen bisnes tersebut diiktiraf kalau boleh ada ofis dan paling penting orang tersebut mudah berkomunikasi sama ada dengan ym( yahoo messenger) ,dengan no handphone dan email.
2. Beliau tidak menjanjikan sesuatu yang merapu contohnya gerenti anda dapat income 5 angka sebulan dapat BMW mercedes pakej pelancongan dan sebagainya. Sebenarnya setiap manusia tiada hak janji sedemikian walaupun dia kaya dan berjaya dalam bidangnya sebab walau kita usaha sehebat mana pun guna teknik dia kita tak mungkin kaya sebab yang bagi kita kaya miskin adalah Allah sahaja. Jadi kalau jumpa orang cam nie cepat larikan diri
3.Orang yang memperkenalkan bisnes pada kita harus berani bercakap dengan yakin dan dia tak gagap dan rasa takut bila komunikasi dengan kita.
4. Orang tersebut sanggup memulangkan wang kita walaupun 1 sen jika kita gagal bisnes dia. 5. Orang tersebut mesti menghormati kita dan mudah kita nak hubungi yang paling penting kita boleh jumpa face to face
6.Bahasa yang dipertuturkan dan disampaikan mudah difahami.Jika kita tidak faham mesti ada something wrong dengan bisnes dia ataupun anda newbie dan susah anda nak mengerti.
7.Beliau tidak mengharapkan duit kita tapi harap kita jadi member dia dan dia tidak memperlekehkan kita sebaliknya nak bantu dan memudahkan urusan kita
8.Dan yang paling hebat kalau kita jumpa beliau( yang perkenalkan bisnes) selalu Ingat Mati selalu cerita mengenai agama tentang hadis tentang quran dan beliau selalu ingat allah dan memenuhi semua kriteria diatas Orang nie wajib kita sertai sebab susah nak jumpa dan ikhlas Tapi saya tak pernah jumpa lagi kalau saya jumpa saya akan join terus Mungkin ada tapi dalam 27 juta rakyat Malaysia mungkin tak sampai 10 orang kot. Contoh yang baru saya temui

BUKU ILMIAH

Nuzul Al-Quran
Aku ambil kesempatan untuk mengemas rumah aku yang dah lama aku tak kemas........barang-barang yang tidak perlu aku bungkus kemas-kemas untuk disimpan di atas rumah...... masa aku menyimpan aku nampak beberapa kotak...hurmmmm kotak apa pulak ya... rupa-rupa kotak yang berisi buku-buku rujukan aku,kakak,abang malah buku arwah bapa masih elok dan ada jugak yang dah rosak..... lama jugak la aku membaca..... hehehehehe aku dah lupa tujuan asal aku untuk mengemas....apa aku nak buat dengan buku-buku ni...nak bakar... sayang pulak.... nak jual? ada ke yang berminat......